5 tips Untuk Mengulangkaji Pelajaran Zalizan style

24 November 2020

By Zalizan

Apabila tiba masa untuk menghadapi peperiksaan, kita pasti akan fikir kaedah untuk mengulangi pelajaran. Setiap orang pasti mempunyai kaedah mengulangkaji pelajaran yang berbeza. Kaedah belajar yang salah pasti akan menyebabkan kesukaran untuk memahami sesuatu topik itu. Berikut merupakan tips belajar yang saya amalkan:

1. Pilih waktu yang sesuai.

Waktu yang dipilih perlulah bersesuaian dengan keadaan diri kita. Adalah tidak sesuai jika mengulangkaji pelajaran ketika keadaan diri yang tidak stabil seperti penat, stress dan tidak sihat. Selain itu, janganlah mengikut waktu belajar orang lain kerana mungkin waktu tersebut tidak sesuai untuk kita.

2. Beri tumpuan semasa di dalam kelas.

Apabila kita memberikan tumpuan sepenuhnya di dalam kelas ianya akan memudahkan kita untuk memahami sesuatu topik ketika mengulangkaji pelajaran. Hal ini kerana setiap topik yang diajarkan oleh guru mungkin lebih mudah untuk diingati berbanding membacanya sendiri.

3. Menulis semula topik yang telah dipelajari.

Menulis semula adalah tip yang paling efektik kerana kita tidak akan terbeban untuk mengulangkaji keseluruhan topik. Melalui penulisan, kita akan dapat mengenalpasti maklumat yang diinginkan. Ianya juga dapat mengelakkan berlakunya masalah 'Information Overload'.

4. Jauhkan diri dari gajet.

Seperti kita tahu gajet adalah alat yang sangat melekakan. Ketika ingin mula mengulangkaji, pastikan semua gajet telah dimatikan dan diletakkan jauh dari tempat belajar. Hal ini kerana, apabila gajet akan menyebabkan kita hilang fokus dan membazirkan masa yang ada untuk mengulangkaji pelajaran.

5. Sentiasa mengkaji kaedah terbaik untuk mengulangkaji pelajaran.

Sebelum bermulanya peperiksaan, kita akan mempunyai masa yang banyak untuk meneliti kebolehan diri. Masa tersebut perlulah dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengenalpasti kaedah pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan diri.

Diharap melalui tips yang telah diberikan dapat memberikan manfaat kepada mereka yang bakal menghadapi apa jua peperiksaan. Tips yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman diri pada masa lalu.